Program Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu) ,Advokasi (E-Waste) sempena Karnival Sukan KRT Daerah Tanjung Manis 2018

28 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2018, iaitu sabtu yang lepas, PI Jerijeh telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak, pameran Advokasi E-waste sempena Karnival Sukan KRT Daerah Tanjung Manis 2018. Seramai lebih dari 150 orang penduduk sekitar Daerah Tanjung Manis telah datang untuk memeriahkan Karnival Sukan KRT yang berlangsung. Booth pusat Internet Jerijeh diadakan bertujuan untuk mendekatkan hubungan antara warga setempat dan staf Pusat Internet Jerijeh. Pelbagai gerai-gerai jualan juga diadakan semasa karnival berlangsung.

Selain itu, Kami turut memberi peluang kepada warga setempat untuk mengetahui lebih lanjut akan kemudahan-kemudahan yang di tawarkan di Pusat Internet. Juga kelebihan sebagai Ahli Pusat Internet. Selain itu, aktiviti soal jawab juga dilaksanakan sempena program KDB dan Advokasi ini. Pusat Internet Jerijeh mengambil peluang ini untuk memberi taklimat tentang Klik Dangan Bijak (KDB) sebagai langkah keselamatan kepada individu daripada berkongsi maklumat peribadi kepada orang luar. Selain itu, kempen Advokasi iaitu E-Waste juga telah diselit bagi menyampaikan tujuan kempen itu diadakan serta memberi kesedaran kepada orang awam tentang cara pelupusan peralatan elektronik dengan berkhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali